Birth Announcements

Shoutmix

Sunday 13 November 2011

Melawat tempat-tempat menarik :)

Antaranya :

1. Bukit Jugra
  = serba sedikit tentang tempat ini :

Jugra terletak di Kuala Langat,Selangor,Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau CareyKampung ChodoiBantingJenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai LangatJugra meliputi kawasan Bukit Jugra, pantai KelanangKampung Sungai Arak dan Kampung Chodoi.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan SelangorRumah api Bukit Jugra dibina di puncak Bukit JugraSampan , perahu dan tongkang yang membawa bijih timah dari KajangBalakongHulu LangatSemenyih dan lain-lain dibawa keluar melaluiSungai Langat dan membayar cukai di Jugra.
Bukit Jugra merupakan tempat strategi kerana berhampiran dengan laut, mengadap perairan Selat Melaka dan ingin dimajukan sebagai sebagai kota maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu dari jenis primate hutan pantai. 'Kera tidak begitu sesuai dengan status baru kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit Jugra ada 3 punca bukit yang menempatkan :

2. Pantai Morib
   = serba sedikit tentang tempat ini :

Pantai Morib terletak di negeri Selangor, menghadap Selat Melaka. Bandar terdekat ialah Bandar Banting yang jaraknya sekitar 15 km. Pantai Morib merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu.

[sunting]Cara ke sana

[sunting]Tarikan

Pantai Morib merupakan tempat istirehat yang sesuai. Terdapat hotel, padang golf, rumah rehat dan kemudahan asas yang lain. Pengangkutan awam juga senang didapati kerana ia terletak berhampiran rangkaian jalan raya Bandar KlangBantingSepang dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi dapat diperolehi di Bandar Banting. Gerai-gerai makanan terdapat di sini. Bagi mereka yang gemar akan perkhemahan, anda boleh berbuat demikian di sini.
Di samping Pantai Morib tempat sekitar juga baik untuk dilawati seperti kawasan perkampungan iaitu Kampung Kancung Darat tempat lahir anak-anak Dato' Haji Sidek jaguh badmintonNegara Malaysia.
Kampong Endah merupakan penerima anugerah kampung contoh peringkat kebangsaan. Kampong Sungai Lang/Kancung di mana terdapat pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Kampung Kelanang merupakan kampung nelayan yang indah dan Kampung Bandar Jugra menempatkan tinggalan sejarah kesultanan Selangor.


Sampai di sini sahaja coretan saya untuk tatapan pembaca semua ..





 Best tak ? Kalau best ade lagi :)

No comments:

Post a Comment